
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Allah berkehendak akan menerangkan kepadamu dan memberikan petunjuk keadamu akan cara-cara yang dilakukan oleh umat sebelum kamu, dan Allah juga berkehendak untuk menerima taubatmu, dan Allah adalah Dzat Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah berkehendak untuk menerima taubatmu, tetapi orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya itu berkehendak untuk berpaling dengan palingan yang sangat. Allah (juga) berkehendak untuk memberikan keringanan kepadamu, sebab itu manusia diciptakan dalam keadaan yang lemah." (An-Nisa: 26-27)
N
ak dapatkan lirik terbaru Dhuat? Klik link ini - Dhuat - atau dapatkannya di bawah. Kalau nak dengar lagu terbaru daripada Komuniti Dhuat, Insyaallah, Dhuat sedang dalam proses menyiapkannya. Dan seperti biasa, kalau ada apa-apa yang nak ditanya berkenaan dengan Projek Dhuat, sila klik link ini - Amad - hehe...
Ringkasnya, Projek Dhuat bertujuan untuk menyampaikan mesej Islam melalui medium kesenian. Justeru, Dhuat menjadikan seni (muzik, nasyid, teater dsb.) sebagai platform untuk menyampaikan mesej-mesej dakwahnya. Tidak seperti kumpulan nasyid komersial, Dhuat merupakan komuniti yang bergerak di atas inisiatif sendiri (non-profit community), dan dianggotai oleh beberapa anak muda (rasanya la...).
Siapa Dhuat? Komuniti Dhuat dianggotai oleh beberapa anak muda (rasanya la...) yang berkeinginan untuk melihat manusia kembali kepada kehidupan bertuhan. Projek Dhuat bukanlah satu projek komersial memandangkan ianya berorientasikan kepada dakwah. Dhuat mengajak manusia mengenali tuhan dan mengamalkan kehidupan beragama menerusi projek-projek seninya yang dihasilkan atas inisiatif para anggotanya.
---
inilah kami... (lagu intro)
kami bukan sasterawan negara
mendamba rasa di hujung tinta
kami hanya penyampai kata
risalah Allah Yang Esa
bukan kami pejuang perwira
dikagumi kesatriaannya
kami hanyalah anak muda
mengagumi fikrah yang nyata
c/o
kami sekadar bersuara
mengingatkan sesama kita
kamilah pewaris negara
dakwah kami buat semua
hanya kami aktivis muda
ingin hidup dalam agama
fahamilah kami semua
kami hanya penyampai kata
...risalah Allah Yang Esa.
2)
la tahzan
semusim kemarau melanda
jangan disangka selamanya
redahlah denai dunia
kan ketemu titis dinginnya
biarlah langit murung
takkan hilang camar di awan
jangan diratapi sedihmu
tersirat sari manisnya
singkaplah tirai derita
kan kau temui kerlipan cahaya
c/o
la tahzan
usapi pipi dan airmata
dengan kuntuman mawar mekar
hilangkan sedih dan duka lara
makna hidupmu jangan dipersia
la tahzan
senandunglah pada kepahitan
dengan syukur dan senyuman
kerna tiada yang menjadikan luka
melainkan Allah tanda cintaNya.
3)
melodi indah
lukisan biru samudera
dakapan dingin bayunya
pepasir putih seakan pesona
tatkala irama samudera
putih-putih disangka awan
rupanya camar di hujung angkasa
tersenyum secerah pawarna
oh indahnya maya...
andai berbisik badai
gelora kan tak terasa
dian cahaya cinta ciptaNya
sentuhan penuh makna
puji-memuji pada keasyikan
kilauan permata bergemerlapan
mekar bersemi kesyukuran
kasih setulus rasa...
c/o
menatap seri wajah purnama
mengusik bebintang di langit tinggi
terlerai tabir hati nan gersang
segirang pelangi pagi...
bagai tertawan luas samudera
mendung berlalu berganti pelangi
agung kurnia bingkisan Tuhan
mendamba rindu di hati...
---
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
Halal dan haram Dalam Pandangan Islam-Siri 1

No comments:
Post a Comment