
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya." (Surah Al-Nazi'at:37-39)
S
atu benda yang cukup menarik hati ana ialah apabila melihat (atau dengan istilah yang lebih tepat mendengar) hasil tangan Amad yang cukup memukau hehe... Ana respect sahabat ana ni disebabkan kekreatifan yang ada pada dirinya. Menyampaikan keindahan Islam melalui irama - apabila sesuatu yang indah disampaikan dalam bentuk yang cukup indah, maka sudah tentulah hasilnya cukup mempesonakan!
Semuanya bermula seawal pagi tadi, bila ana mendapat sms Amad, bertanyakan adakah ana sudah memuat turun hasil karyanya yang terbaru. Wow... bisik hati kecil ana. "Si Amad sudah mula mengamuk setelah sekian lama tertidur."
Selang beberapa ketika, ana tak tahu nak berkata apa-apa... nyatalah ana sebenarnya sedang berhadapan dengan hasil karya insan kreatif yang membuatkan ana rasa macam nak terbang. Tak perlulah ana tulis panjang, sahabat-sahabat boleh klik di sini dan bersedialah untuk terbang!!!
----------------------------
Ana sebenarnya pun minat bab-bab lagu ni, tapi hakikatnya ana memang tak reti apa-apa pasal muzik. Ana cuma seorang pendengar setia di dalam kereta. Itu sahaja. Cuma kadangkala ana kecewa bila irama yang sepatutnya indah dicemari dengan senikata yang cukup melekakan! Mungkin ana seorang yang sedang melawan arus... kerana irama yang melekakan itulah yang menjadi citarasa generasi muda kita - ah...tak kisahlah.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment