Tuesday, February 28, 2006

PETROLEUM - POLEMIK YANG BERTERUSAN

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Ketahuilah,bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan,perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak,seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaanNya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah Al-Hadiid: 20)

K

UALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan penjimatan kira-kira RM4.4 bilion daripada pengurangan subsidi minyak pada tahun ini akan `dipulangkan semula' secara tidak langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, penjimatan itu yang diperoleh berikutan peningkatan harga runcit petrol dan diesel mulai hari ini, akan dilabur semula seberapa segera bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam Malaysia.

"Penjimatan yang kita peroleh daripada pengurangan subsidi ini kita mahu gunakan untuk projek-projek pembangunan yang akan memberi faedah kepada rakyat, bukan kita mahu belanja untuk kesenangan dan kemewahan kerajaan.

"Kita akan pulangkan balik kepada rakyat, gunakan wang ini untuk projek yang akan menelan kos agak banyak iaitu pengangkutan awam yang pada hari ini keadaannya tidak memuaskan hati sehingga menyusahkan rakyat dan memaksa mereka membeli kereta.

"Kalau ada pengangkutan awam cekap hari ini untuk digunakan oleh rakyat, ia akan menyenangkan serta memudahkan kita semua selain turut membantu dalam hal-hal berkaitan ekonomi," katanya.

-----------------------------------------------



Ana sertakan petikan akhbar ini untuk bacaan bersama. Soalnya, apakah penjelasan ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kita selama ini? Hakikatnya, apabila kenaikan harga petroleum berlaku, maka kita pasti akan turut menanggung beban kenaikan barangan serta perkhidmatan lain yang turut sama terkesan dengan kenaikan tersebut.

Realitinya, sejak sekian lama, kita dibebani dengan kenaikan harga barang, cukai pintu, tarif elektrik dan air, kos perkhidmatan, pengangkutan awam dan sebagainya. Apa-apa jua alasan untuk menghalalkan kenaikan harga boleh dijelaskan kepada rakyat, cuma persoalannya, apakah belum cukup bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat selama ini? Apakah tidak ada jalan keluar yang lain terhadap masalah ini?

Yang pasti, tidak lama lagi, kita akan berhadapan dengan satu lagi isu baru - tarif baru elektrik. Satu lagi hadiah buat kita!

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment