Monday, February 27, 2006

PETROL DAN KITA




Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Dan Allah telah mengeluarkanmu dari perut ibumu tidak mengetahui apa-apa, kemudian memberimu pendengaran, penglihatan dan fikiran (perasaan,)supaya kamu bersyukur" (Surah An-Nahl:78)

S

eperkara yang mesti kita terima ialah, mulai hari ini, kita terpaksa menambah nilai ringgit kita untuk seliter petrol... dan sudah pasti kita layak untuk mengiktirafkannya sebagai suatu bentuk pengorbanan yang tidak ternilai oleh kita yang bernama rakyat. Pengorbanan ini merupakan simbol kecintaan yang tidak berbelah bagi kita, dan ia juga merupakan lambang kesetiaan seorang rakyat terhadap negaranya.


Setidak-tidaknya, tarikh 28 Februari 2006 menjadi suatu lagi tarikh keramat kepada diri kita.


Bersabarlah, kita perlu menjadi manusia yang terus-menerus bersyukur, tanpa banyak kata. Kita perlu belajar menjadi rakyat yang setia tanpa banyak tanya. Bukankah kita yang memilih jalan ini? Justeru, kita perlu terus melangkah dengan tabah dan redha. Lagipun, kenaikan petrol kali ini pastinya yang terakhir bagi tahun ini. Lepas ini, tidak akan ada kenaikan lagi... itulah jaminan buat kita.


Senyumlah... sekurang-kurangnya kita masih mampu untuk membayarnya. Senyumlah... kerana kita sebenarnya tidak punya kuasa apa-apa untuk mengubah apa-apa. Senyumlah... kerana semua ini adalah hasil pilihan kita.


Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment