
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Ya Allah, kami letakkan Kami di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Ya Allah, leburkanlah kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjingMu ke atas mereka, Wahai tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Membalas. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!. Wahai Tuhan yangmenurunkan kitab Al-Quran, Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera bersekutu musuh Tentera Ahzab! Kalahkan mereka dan menangkanlah kami atas mereka. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
A
lhamdulillah, akhirnya masalah akses ke internet sudah selesai (dan harap-harapnya betul-betul selesai...). Inilah kali pertama ana online daripada pejabat baru di HQ, setelah pemasangan streamix selesai dilakukan pada hari Sabtu yang lepas. Buat semua, maaflah kerana ana tak dapat nak update blog sejak sekian lama. Semuanya disebabkan ketiadaan kemudahan internet di bilik dan kemalasan untuk pergi ke cc.
Waktu di kampus dulu, kami diajar membaca doa Qunut Nazilah. Doa ni agak kasar, tetapi sesuai kerana ianya ditujukan kepada manusia-manusia yang bersikap kasar dengan Allah.
Ana teringat kembali akan doa ini memandangkan sekarang ni tengah heboh isu karikatur Nabi Muhammad S.A.W. yang dilukis oleh beberapa orang pelukis Barat (semoga Allah melaknat mereka). Lihatlah betapa biadap dan beraninya manusia-manusia ini. Mereka menghina Rasulullah secara terang-terangan di sebalik alasan kebebasan media. Hakikatnya mereka berani melakukannya kerana mereka menyedari betapa umat Islam sekarang sedang berada pada kondisi yang amat lemah dan tidak berdaya!
Dalam masa yang sama juga, kita melihat kemenangan bendera hijau di bumi suci Palestin. Panji-panji yang dikibarkan oleh HAMAS akhirnya berjaya menguasai kerajaan Palestin, sekaligus menamatkan penguasaan sejak sekian lama oleh para nasionalis Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. HAMAS telah menjadi suatu lagi episod gemilang perjuangan umat Islam.
Apakah melalui dua peristiwa ini, akan berlaku kebangkitan total umat Islam, atau umat Islam akan terus lena tanpa sebarang rasa? Wallahu A'lam.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment