Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya Negeri Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?"
A
khirnya, ana berjaya mengemaskini blog setelah sekian lama tak dapat nak berbuat demikian. Rasanya, kali terakir blog ini dikemaskinikan ialah sebelum berlakunya peristiwa banjir besar yang telah menenggelamkan hampir 2/3 negeri kecil ni.
Khabarnya, banjir yang berlaku adalah yang paling buruk sejak 30 tahun. Seingat ana, kali terakhir Perlis dilanda banjir ialah pada tahun 1988, itupun tidak seburuk yang berlaku baru-baru ini. Keseluruhan negeri ini lumpuh sama sekali - pusat pentadbiran Kangar dan bandar di-Raja Arau langsung tidak dapat dimasuki, manakala keseluruhan negeri terputus bekalan elektrik dan air. Akses ke lebuhraya pula tertutup, menyebabkan hubungan dengan negeri jiran, Kedah, hampir terputus.
Ana pun tak pandai nak gambarkan betapa sukarnya keadaan ketika itu. Tapi syukurlah kerana kampung ana tak tenggelam. Alhamdulillah, banjir besar cuma berlaku selama 5 hari, dan kini, segala-galanya telah kembali normal. Tapi yang sedihnya, kerana banjirlah, internet kat dalam pejabat sampai hari ni tak boleh digunakan... dan ianya menjadi alasan yang paling kukuh kenapa sudah lama ana tak kemaskini blog ana ni heheh...
Minggu lepas, ana berkesempatan ke TM untuk program UKJ. Ramai juga sahabat-sahabat yang turut hadir... Abang Anas, Ustaz Nazri dan adik kembarnya Izwan (hehe...), Yusri, Pie, Zamri... Tapi sayangnya tak dapat nak berjumpa dengan Amad sebab time tu, dia pulak turun ke Alor Setar, konvoi bantuan banjir.
Minggu lepas juga ana buat eksperimen, adakah handset Sony Ericsson K230 boleh berfungsi di dalam sungai. Jawapannya ialah taaakkkkk.......
Oklah, ofis dah telefon suruh balik ke ofis. Cadangnya nak tulis lagi, tapi nantilah.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment