"Sungguh Allah telah menerangkan kepada kamu apa yang Dia haramkan ke atas kamu." (Al-An'am: 119)
N
ILAI 12 Mac - Setelah hampir empat tahun menggunakan nama Karnival Sure Heboh, Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) akhirnya membuat keputusan menggunakan nama baru iaitu Karnival Jom Heboh.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Datuk Farid Ridzuan berkata, keputusan itu adalah sejajar dengan usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu.
"Kami akur dengan usaha kerajaan yang cuba mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang sewajarnya.
"Sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu, kami mengambil keputusan menukarkan nama Karnival Sure Heboh yang sudah tidak asing lagi di kalangan para penonton setia TV3," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Penggunaan nama Karnival Sure Heboh sebelum ini dikritik oleh pelbagai pihak terutamanya pencinta bahasa kerana menggabungkan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
klik untuk berita penuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya, stesen tv swasta ini mengambil keputusan untuk menukar nama program anjurannya setelah mendapat kritikan dan desakan daripada pelbagai pihak. Ini kerana, program berkenaan dinamakan menggunakan bahasa rojak, suatu perkara yang dikecam oleh para pencinta bahasa. Keputusan ini diambil sebagai langkah menghormati dasar Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan yang telah digariskan oleh kerajaan, di samping memulihkan kembali imej program yang penuh kontroversi itu.
Namun, pada pandangan ana, kalau sekadar menukar nama, sebenarnya tidak membawa sebarang makna. Walhal, suatu masa dahulu, Majlis Mufti-mufti telah mendesak supaya penganjuran karnival ini dibatalkan atau ditukar kepada bentuk yang lebih baik. Ini kerana, penganjuran program seumpama itu masih berbentuk hiburan dan pencampuran yang melampau. Berikut ana siarkan kenyataan Majlis Mufti-mufti:
"Majlis Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Sehubungan itu, mereka yang menganjur, menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram." - Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.
Jelas sekali, tindakan ini memperlihatkan bahawa TV3 lebih sensitif (dan lebih takut) kepada desakan para pencinta bahasa, berbanding kecaman oleh para pakar agama. Sepatutnya stesen tv terkemuka ini lebih bertanggungjawab dalam memastikan penganjuran program mereka selari dengan kehendak agama.
Atau, apakah TV3 tidak pernah bersedia untuk berbuat demikian, demi menjaga keuntungan dan populariti mereka?
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment