Wednesday, March 15, 2006

KERETA BARU


Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Seorangpun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."
(As-Sajadah:17)

A

lhamdulillah, akhirnya semalam ana berjaya keluarkan benda alah berupa besi beroda empat milik sendiri. Itupun, proses mengeluarkannya memakan masa kira-kira 10 hari dan selama tempoh itu, ana hanya mampu mengintai bendalah itu dari luar bilik kaca tanpa mampu berbuat apa-apa. Syukurlah, akhirnya bendalah berwarna merah itu berjaya melalui keseluruhan prosedur tanpa sebarang masalah.

Perancangan awal untuk mengeluarkan bendalah besi beroda empat ini sebenarnya telah bermula seawal tahun 2004. Beberapa model telah menjalani proses penilaian dan senarai pendek (senarai yang cukup pendek hehe...) telah dikeluarkan untuk tindakan seterusnya. Namun perancangan tersebut terpaksa ditunda disebabkan oleh beberapa faktor.

Dengan adanya benda ini, bermakna, graf simpanan bulanan akan mencatatkan penyusutan bagi bulan hadapan, dengan nilai m yang mewakili kecerunan graf (rujuk formula y = mx+C) dijangka agak besar berbanding sebelumnya.


Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment