"Hai mereka yang beriman, ambil perlindungan diri kamu dan ahli-ahli kamu, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu daripada api neraka dengan berbuat taat kepada Allah dan beramal dengan hukum-hakam Allah." Surah at-Tahrim:6)
A
lhamdulillah, sembah syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kami (ana dan Hasmayati) cahaya mata pada 1 Mei 2006. Nurul Jannah telah selamat dilahirkan di Hospital Tengku Fauziah, pada jam 8.39 malam. Insya Allah, kalau ada gambar, ana akan attachkan dalam blog nanti.
Doa-doakan semoga Allah memberikan kepada kami kemampuan untuk memelihara amanah Allah ini sebaik mungkin. Amin Ya Rabb.
"Ada tiga do'a yang diterima oleh Allah Ta'ala iaitu do'a orang yang dizalimi atau dianiaya ke atas orang yang menzaliminya, do'a orang yang sedang belayar dan do'a ibu bapa ke atas anaknya." -(Hadis riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment