Thursday, May 18, 2006

PENGALAMAN BARU

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"...Dialah (Allah) yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya..." (Surah Hud: 31)

G

enap 19 hari ana bergelar abi kepada Nurul Jannah (Nurul Jannah binti Nursaiful), dan genap 19 harilah rutin hidup ana berubah 360 darjah, atau orang kampung ana cakap, hidup dah upside down.

Seperkara yang pasti ialah, semenjak ana bergelar abi ni, hari-hari kena berjaga malam nak tidurkan Nurul Jannah. Jam 10 sampai jam 12 malam dia akan bangun tidur, pastu jam 4 sampai 6 pagi sekali lagi dia bangun tidur. Setiap kali dia bangun tidur, maka, ummi dan abi dia turut terpaksa bangun tidur. Huhu... bayangkanla, betapa menariknya pengalaman baru yang ana rasai sekarang.

Pagi-pagi sebelum pergi kerja, dah nak kena siapkan tungku untuk ummi dia. Pastu, bila balik tengah hari, nak kena masak untuk makan tengah hari untuk ummi dia.

Hehe... buat yang akan bergelar suami nanti, khasnya buat IZwan, pandai-pandailah merancang apa yang patut. Buat yang bergelar abi atau ummi pulak, banyak-banyakkanlah membaca apa-apa yang patut kerana saat yang akan anda tempuhi nanti bukan seperti yang anda selalu tengok kat dalam drama tv!

Oklah, ana nak sambung tugas, Insya ALlah, kalau ada kelapangan, ana akan menulis lagi.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment