Tuesday, June 6, 2006

BAI'AH, WALA' DAN INTIMA'


Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Ya Allah, kami letakkan Kami di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka, Ya Allah, leburkanlah kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjingMu ke atas mereka, Wahai tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Membalas. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!. Wahai Tuhan yangmenurunkan kitab Al-Quran, Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera bersekutu musuh Tentera Ahzab! Kalahkan mereka dan menangkanlah kami atas mereka. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

K

ami akhiri muktamar DPP Kali Ke 47 semalam dengan bacaan Qunut Nazilah, yang dipimpin oleh exco DPP, Ust. Ridhuan Mohd. Nor. Syukurlah kerana segala-galanya berjaya disempurnakan dan muktamar kali ini, meski tanpa pertandingan, namun tetap gemilang.

Sesi perbahasan masih panas dan bertenaga, manakala ucapan ketua pemuda pula tetap padat dengan pengharapan, teguran dan pesanan yang begitu bermakna buat lebih para perwakilan yang hadir. Usik dan celoteh Pengerusi Tetap pula sekadar membuatkan perwakilan tidak berasa jemu mengharungi jadual padat muktamar selama satu setengah hari!

Alhamdulillah, ana selamat pulang jam 10.30 malam semalam. Pulang dengan kepuasan dan keletihan (dan sedikit kekecewaan kerana pulang tanpa sempat berbual panjang dengan sahabat-sahabat yang pernah bersama-sama mengharungi perjuangan di kampus dahulu- RO, Sirap, Syamri, IZwan, Shah, Memer, Dol...

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment