"Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)
A
duh... baru semalam basuh kereta, hari ni hujan lebat. Huhu... dah la lebih tiga bulan tak basuh, bila dah basuh, hujan pulak. Tapi nak buat macam mana, dah memang hujan tu turun. Walaupun kita tak mahu, tapi ada makhluk lain yang mahu, Allah lebih tahu.
Semalam, Nurul Jannah dah pandai meniarap (hehe...pandai macam abi dia la - teringat lagu Dhuat 'Di Manakah Abi'). Punyala seronok ana dengan zaujah. Mana taknya, anak dah buat satu 'kemajuan yang membanggakan'. Sampai bila waktu tidur, kami terpaksa letak bantal kiri kanan dia, buat pagar, supaya dia tak boleh meniarap.
Kalau lepas ni orang tanya anak ana dah pandai buat apa, bolehla ana jawab, 'kuat menangis dan pandai meniarap' :)
Hari ni ana kena bawa 4-5 orang pelajar tahun akhir UiTM melawat kilang. Rasanya dalam jam 10 pagi nanti sampailah tu. Diorang ni pelajar tahun akhir jurusan sains (tapi kena ambil subjek bisnes) dan sedang dalam proses menyiapkan tesis berhubung perniagaan herba. Minggu lepas dah datang buat interview ana, tanya pasal syarikat dan perniagaan herba, dan seperti biasa, ana 'goreng' je apa yang ana tahu dan apa yang ana buat-buat tahu.
Oklah, permisi dulu.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

Cayalah...
ReplyDeleteteringin nak anak jugak
Ahmad
Bila lihat baby cute tu rasanya nak cepat-cepat tamatkan zaman bujang ni.
ReplyDeletemudah-mudahan tahun 2007
Ahmadls.