Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam surga-surga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah: 25)
S
elamat pengantin baru buat KATIK (bukan nama sebenar) dan zaujahnya (ana tak kenal nama). Moga rumahtangga yang terbina itu adalah di atas dasar keikhlasan dan ketaatan kepada Allah. Mudah-mudahan kelak baitul Muslim ini akan melahirkan generasi pejuang yang akan terus-menerus menyemarakkan obor perjuangan Islam Insya Allah.
(Ana pun dapat tahu melalui sms je yang diorang ni walimah. Masa tu pulak, ana dengan zaujah dan Nurul Jannah kat Jitra, tak sempat nak hadiri majlis walimah tersebut.)
Tapi ana terbau sesuatu... ya, tidak syak lagi, sahabat-sahabat ana datang ke Perlis secara senyap-senyap untuk menghadiri majlis walimah KATIK tanpa memaklumkan kepada ana selaku tuan rumah. Ramai pulak tu. Tapi Alhamdulillah, berbekalkan maklumat perisikan yang ana perolehi, akhirnya sahabat-sahabat ana itu (termasuklah 2 orang bekas anak usrah ana - JEPun dan Nanang) berjaya ditahan ketika berehat di Masjid Alwi (dipercayai selepas keletihan bershopping di Padang Besar), sebelum sempat melarikan diri ke Kuala Lumpur, dan terus dibawa ke teratak kecil ana di Jejawi. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam teratak kecil itu untuk disoal-siasat sebelum dibenarkan pulang.
Itulah serba sedikit kejadian yang berlaku pada hujung minggu yang lalu yang sempat ana coretkan di sini.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

huh, ingat tapan ke soal siasat org? terbawa2 lagi.... agaknya dengan kak yati dan jannah mcm mana la..... he..he..he..
ReplyDeletehuh, ingat tapan ke soal siasat org? terbawa2 lagi.... agaknya dengan kak yati dan jannah mcm mana la..... he..he..he..
ReplyDelete