Monday, September 4, 2006

SUDAH KEMBALI...

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

Dialah Allah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman..." (al-Fath:4)

A

ana kembali menulis. Dah hampir dua minggu ana tak menulis sebab sibuk dengan gerak kerja akhir KONVEK. Alhamdulillah, KONVEK pun berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah besar. KONVEK kali ni kami jemput kumpulan nasyid Nadil Wasitiyyah. Diorang nyanyi live siap dengan main percussion lagi (betul ke tidak bahasa yang ana gunakan ni...? Aaahh, kira betul la tu)

Selesai satu kerja...

Tapi bila masuk pejabat je, bertimbun-timbun kerja kat atas meja. Nak kena selesaikan claim motivator, nak uruskan belanjawan program di UiTM Dungun, KL International Hotel, Swiss Inn SP, nak kena siapkan buku profil syarikat dan nak kena buat preparation untuk interview dengan adik-adik dari UiTM Arau esok. Tu tak termasuk kerja-kerja yang diklasifikasikan sebagai 'sukarela' lagi tu.

Rupanya banyak lagi kerja...

Oklah, ana nak sambung kerja, nak design buku profil syarikat. Insya Allah, ana akan menulis lagi bila ada kelapangan.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment