Bahawasanya seorang hamba apabila mengutuk kepada sesuatu, naiklah kutukan itu ke langit. Lalu, dikunci pintu langit-langit itu buatnya. Kemudian, turunlah kutukan itu ke bumi, lalu dikunci pula pintu-pintu bumi itu baginya. Kemudian, berkeliaranlah ia kekanan dan kekiri. Maka, apabila tidak mendapat tempat baru, ia pergi kepada yang dilaknat. Bila layak dilaknat (ertinya kalau benar ia berhak mendapat laknat), tetapi apabila tidak layak, maka kembali kepada orang yang mengutuk (kembali ke alamat si pengutuk)." (HR. Abu Daud)

A
rtwork ana yang terbaru: buku profil syarikat. Ana gunakan Adobe Photoshop untuk efek gambar dan CorelDraw untuk grafik dan wording. Sebenarnya, buku ni baru dalam proses rekabentuk konsep. Ana belum masukkan lagi wording dan gambar.
Nak hasilkan buku macam ni pun memenatkan (dan menjemukan!). Mana taknya, kadang-kadang makan masa dekat setengah bulan - daripada menyusun idea sehinggalah ke peringkat suntingan akhir sebelum dicetak. Tapi yang paling gembira ialah bilamana hasil tadi telah siap dicetak - dapat pegang hasil tangan sendiri.
Yang pasti, ketika ana menulis entri ini, ana baru siap design kulit depan saja hehe... yang lain tak buat lagi.
Oklah, sampai berjumpa lagi.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment