PILIHAN raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2006/2007 akan diadakan serentak di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, 21 September ini. Pengerusi Sekretariat Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) IPTA, Prof Datuk Dr Mohd Wahid Samsudin menerusi satu kenyataan, berkata keputusan itu dibuat selepas semua IPTA diarah membubarkan Kabinet MPP sesi 2005/2006, kelmarin. Bagaimanapun, katanya, Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menundakan pilihan raya kampus kali ini ke tarikh lain berikutan pelajarnya sedang bercuti pada waktu itu.." (Berita Harian, 12/9/06) Sekilas pandang, pilihan raya kampus seperti sebuah mercu tanda demokrasi yang masih hidup subur di kampus-kampus di seluruh negara. Apakan tidak, menerusi pilihan raya kampus, mahasiswa dibenarkan memilih wakil-wakil pelajar yang akan menjadi pemimpin mereka di dalam kampus. Pilihan raya ini juga menjadi pentas kepada para mahasiswa dalam mengasah bakat kepimpinan mereka, selain menjadi medan terbaik kepada mahasiswa memperjuangkan idealisme serta tuntutan mereka.Hakikat di Sebalik TabirTetapi, hakikatnya, pilihan raya kampus (PRK) merupakan medan politik paling kotor yang mewarnai kampus-kampus tanah air. Demokrasi kampus hanyalah cerita rekaan pihak pentadbiran universiti yang mempunyai kepentingan politik. Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah pertandingan yang telah dicaturkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) IPTA-IPTA atas arahan 'pihak atasan' di Kementerian Pelajaran Tinggi (dahulunya Kementerian Pendidikan). Bukanlah sesuatu yang baru, penemuan kertas kerja PRK di sebuah IPTA pada tahun 2003(didedahkan menerusi sebuah akhbar) menjelaskan betapa individu-individu di sebalik SPR ini merupakan mereka yang mempunyai kuasa politik, selain para naib canselor-naib canselor (NC) dan timbalan-timbalan mereka (TNC) di IPTA. Mesyuarat-mesyuarat bagi membincangkan perlaksanaan PRK bermula lebih awal daripada tarikh pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memastikan perancangan untuk menguasai MPP kampus-kampus dapat dilaksanakan. Mesyuarat biasanya diadakan di bangunan kementerian atau lokasi-lokasi sulit. Hasil mesyuarat akan dikemukakan kepada SPR (yang kebiasaannya diketuai oleh Bahagian Hal-Ehwal Pelajar) untuk dilaksanakan.Bagaimana PRK berlakuProses PRK bermula apabila pencalonan dibuka. Ketika ini, SPR akan bertindak 'memerhati' calon-calon yang bertanding, dan di sesetengah kampus, senarai calon yang bertanding akan ditapis bagi memastikan hanya calon-calon pilihan sahaja yang dapat bertanding. Kebiasaannya akan muncul dua kumpulan besar yang akan bertanding merebut kerusi MPP - kumpulan mahasiswa dan kumpulan calon SPR yang mendapat restu pentadbiran universiti!Apabila tiba fasa kempen, SPR akan menguatkuasakan arahan-arahan pilihan raya (yang berubah dari tahun ke tahun) yang lebih memihak kepada calon-calon tajaan SPR sendiri. Ini termasuklah larangan berkempen, merayu undi dan peraturan-peraturan bahan bercetak (poster, risalah dan sebagainya). Pada masa yang sama juga, pegawai-pegawai HEP akan bertindak melakukan gerak kerja saraf serta kempen di kolej-kolej kediaman bagi mempengaruhi mahasiswa, khasnya para pelajar baru, untuk mengundi calon-calon mereka. Dalam satu kes yang berlaku di kolej ketiga sebuah kampus, para mahasiswa telah diugut supaya mengundi calon-calon SPR atau dikenakan tindakan buang kolej, manakala di IPTA yang lain pula, seorang calon siswi (bukan tajaan SPR) telah diugut untuk dicederakan.Ketika mahasiswa dilarang menerbitkan sebarang risalah berbau kempen, bahagian HEP pula melaksanakan kerja-kerja propaganda dan kempen menerusi buletin HEP yang mempunyai edaran seluruh kawasan kampus. Selain itu, akhbar Suara Mahasiswa akan diedarkan secara percuma kepada warga kampus, bagi memberikan 'penerangan sebenar' kepada mahasiswa. (akhbar ini merupakan alat propaganda jentera mahasiswa bagi sebuah parti politik tanah air dan tidak mencerminkan idealisme sebenar mahasiswa). Secara keseluruhannya, kempen berat sebelah ini dilaksanakan menggunakan seluruh jentera universiti termasuklah Bahagian Keselamatan, Akademik dan Kolej-kolej kediaman. Pilihan RayaMelihatkan kepada 'sejarah hitam' penguasaan kerusi MPP yang tidak memihak kepada mereka, SPR telah memperkenalkan sistem e-voting (pengundian secara elektronik) dengan alasan 'bagi mempercepatkan dan memperkemaskan lagi proses pengundian. Dengan memberi pengesahan bahawa perisian yang digunakan adalah telus, perlaksanaan e-voting ini terus dilaksanakan meskipun mendapat tentangan daripada para mahasiswa dan para pemerhati bebas (termasuklah SUHAKAM). Ketika sistem ini mula diperkenalkan, keputusan pilihan raya di beberapa buah kampus adalah amat memeranjatkan dan mengelirukan. Bahkan keputusan di sebuah kampus menunjukkan peratusan mahasiswa yang keluar mengundi adalah yang tertinggi dicatatkan dalam sejarah! Persoalannya... apa sebenarnya yang berlaku?KesimpulanHasil daripada sistem yang dikatakan demokrasi inilah, maka kuasa mahasiswa berjaya ditundukkan dan pilihanraya kampus dapat dikawal agar berjalan seperti yang dirancangkan. Tidaklah mengejutkan apabila melihat barisan MPP yang dipilih pada hari ini tidak kredibel, lemah dan lebih cenderung untuk menyokong keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh pihak universiti (walaupun bertentangan dengan kehendak mahasiswa). Perjuangan MPP lebih berorientasikan kepada personaliti daripada bersifat memperjuangkan komuniti. Mungkin ada yang bersetuju kalau sekiranya disebut, MPP pada hari ini sebenarnya adalah kerajaan boneka yang sama sekali tidak punya kuasa.Maaf salah dan silap.Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
PILIHAN raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2006/2007 akan diadakan serentak di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, 21 September ini. Pengerusi Sekretariat Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) IPTA, Prof Datuk Dr Mohd Wahid Samsudin menerusi satu kenyataan, berkata keputusan itu dibuat selepas semua IPTA diarah membubarkan Kabinet MPP sesi 2005/2006, kelmarin. Bagaimanapun, katanya, Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menundakan pilihan raya kampus kali ini ke tarikh lain berikutan pelajarnya sedang bercuti pada waktu itu.." (Berita Harian, 12/9/06)
S
ekilas pandang, pilihan raya kampus seperti sebuah mercu tanda demokrasi yang masih hidup subur di kampus-kampus di seluruh negara. Apakan tidak, menerusi pilihan raya kampus, mahasiswa dibenarkan memilih wakil-wakil pelajar yang akan menjadi pemimpin mereka di dalam kampus. Pilihan raya ini juga menjadi pentas kepada para mahasiswa dalam mengasah bakat kepimpinan mereka, selain menjadi medan terbaik kepada mahasiswa memperjuangkan idealisme serta tuntutan mereka.Hakikat di Sebalik TabirTetapi, hakikatnya, pilihan raya kampus (PRK) merupakan medan politik paling kotor yang mewarnai kampus-kampus tanah air. Demokrasi kampus hanyalah cerita rekaan pihak pentadbiran universiti yang mempunyai kepentingan politik. Apa yang berlaku sebenarnya hanyalah pertandingan yang telah dicaturkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) IPTA-IPTA atas arahan 'pihak atasan' di Kementerian Pelajaran Tinggi (dahulunya Kementerian Pendidikan). Bukanlah sesuatu yang baru, penemuan kertas kerja PRK di sebuah IPTA pada tahun 2003(didedahkan menerusi sebuah akhbar) menjelaskan betapa individu-individu di sebalik SPR ini merupakan mereka yang mempunyai kuasa politik, selain para naib canselor-naib canselor (NC) dan timbalan-timbalan mereka (TNC) di IPTA. Mesyuarat-mesyuarat bagi membincangkan perlaksanaan PRK bermula lebih awal daripada tarikh pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memastikan perancangan untuk menguasai MPP kampus-kampus dapat dilaksanakan. Mesyuarat biasanya diadakan di bangunan kementerian atau lokasi-lokasi sulit. Hasil mesyuarat akan dikemukakan kepada SPR (yang kebiasaannya diketuai oleh Bahagian Hal-Ehwal Pelajar) untuk dilaksanakan.Bagaimana PRK berlakuProses PRK bermula apabila pencalonan dibuka. Ketika ini, SPR akan bertindak 'memerhati' calon-calon yang bertanding, dan di sesetengah kampus, senarai calon yang bertanding akan ditapis bagi memastikan hanya calon-calon pilihan sahaja yang dapat bertanding. Kebiasaannya akan muncul dua kumpulan besar yang akan bertanding merebut kerusi MPP - kumpulan mahasiswa dan kumpulan calon SPR yang mendapat restu pentadbiran universiti!Apabila tiba fasa kempen, SPR akan menguatkuasakan arahan-arahan pilihan raya (yang berubah dari tahun ke tahun) yang lebih memihak kepada calon-calon tajaan SPR sendiri. Ini termasuklah larangan berkempen, merayu undi dan peraturan-peraturan bahan bercetak (poster, risalah dan sebagainya). Pada masa yang sama juga, pegawai-pegawai HEP akan bertindak melakukan gerak kerja saraf serta kempen di kolej-kolej kediaman bagi mempengaruhi mahasiswa, khasnya para pelajar baru, untuk mengundi calon-calon mereka. Dalam satu kes yang berlaku di kolej ketiga sebuah kampus, para mahasiswa telah diugut supaya mengundi calon-calon SPR atau dikenakan tindakan buang kolej, manakala di IPTA yang lain pula, seorang calon siswi (bukan tajaan SPR) telah diugut untuk dicederakan.Ketika mahasiswa dilarang menerbitkan sebarang risalah berbau kempen, bahagian HEP pula melaksanakan kerja-kerja propaganda dan kempen menerusi buletin HEP yang mempunyai edaran seluruh kawasan kampus. Selain itu, akhbar Suara Mahasiswa akan diedarkan secara percuma kepada warga kampus, bagi memberikan 'penerangan sebenar' kepada mahasiswa. (akhbar ini merupakan alat propaganda jentera mahasiswa bagi sebuah parti politik tanah air dan tidak mencerminkan idealisme sebenar mahasiswa). Secara keseluruhannya, kempen berat sebelah ini dilaksanakan menggunakan seluruh jentera universiti termasuklah Bahagian Keselamatan, Akademik dan Kolej-kolej kediaman. Pilihan RayaMelihatkan kepada 'sejarah hitam' penguasaan kerusi MPP yang tidak memihak kepada mereka, SPR telah memperkenalkan sistem e-voting (pengundian secara elektronik) dengan alasan 'bagi mempercepatkan dan memperkemaskan lagi proses pengundian. Dengan memberi pengesahan bahawa perisian yang digunakan adalah telus, perlaksanaan e-voting ini terus dilaksanakan meskipun mendapat tentangan daripada para mahasiswa dan para pemerhati bebas (termasuklah SUHAKAM). Ketika sistem ini mula diperkenalkan, keputusan pilihan raya di beberapa buah kampus adalah amat memeranjatkan dan mengelirukan. Bahkan keputusan di sebuah kampus menunjukkan peratusan mahasiswa yang keluar mengundi adalah yang tertinggi dicatatkan dalam sejarah! Persoalannya... apa sebenarnya yang berlaku?KesimpulanHasil daripada sistem yang dikatakan demokrasi inilah, maka kuasa mahasiswa berjaya ditundukkan dan pilihanraya kampus dapat dikawal agar berjalan seperti yang dirancangkan. Tidaklah mengejutkan apabila melihat barisan MPP yang dipilih pada hari ini tidak kredibel, lemah dan lebih cenderung untuk menyokong keputusan-keputusan yang telah diputuskan oleh pihak universiti (walaupun bertentangan dengan kehendak mahasiswa). Perjuangan MPP lebih berorientasikan kepada personaliti daripada bersifat memperjuangkan komuniti. Mungkin ada yang bersetuju kalau sekiranya disebut, MPP pada hari ini sebenarnya adalah kerajaan boneka yang sama sekali tidak punya kuasa.Maaf salah dan silap.Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
No comments:
Post a Comment