Wednesday, September 13, 2006

PENGARUH LIBERALISME DALAM MEDIA?



Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang menghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma,budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah." (Dato' Seri Harussani Zakaria)

S

edarkah anda bahawa pengaruh faham (isme) liberalisme sudah mula menular dengan begitu rancak melalui media-media massa dan cetak di negara kita? Melihatkan kepada trend (corak) rancangan-rancangan televisyen dan artikel-artikel yang disiarkan sejak kebelakangan ini, tampak jelas seperti ada semacam suatu bentuk 'budaya baru' yang dipersembahkan untuk tatapan masyarakat.

Temanya sama - iaitu mengangkat kebebasan dan hak-hak kesamarataan, membenarkan pengaruh budaya luar yang asing serta memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan yang sebenarnya begitu janggal dari kacamata agama dan budaya.

Bahkan, perancangan tersusun ini (propaganda liberalisme) telah nyata membuahkan hasil kepada corak sosial masyarakat khasnya penganut agama Islam di negara kita. Corak pemikiran masyarakat berubah daripada berorientasikan kepada kepercayaan agama dan kepatuhan adat dan budaya, kepada pengagungan akal sebagai sumber pemutus. Masyarakat mula mengangkat tema-tema seperti kebebasan total, demokrasi, hak-hak beragama, toleransi budaya, pluralisme, hiburan dan hak asasi manusia.

Lihat sahaja kepada drama-drama remaja, program-program realiti, rancangan-rancangan hiburan, bahkan filem-filem di pawagam, apa tema yang diangkat, bagaimana pula wajahnya. Lebih mudah jika diambil contoh filem Gubra yang pernah menjadi kontroversi.

Sekadar pandangan peribadi, mungkin anda punya pandangan yang berbeza.



Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment