Sunday, December 17, 2006

APA SUDAH JADI?

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"It’s an embarrassment to Islam to see religious officers going to hotels and demanding the guest list. Islam does not encourage people to look for acts of sins." - mufti Perlis

A

pa sudah jadi? Itulah persoalannya apabila mufti sebuah negeri bergelar Darul Sunnah, mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa di dalam sebuah akhbar berbahasa inggeris? Seakan-akan memperlekehkan perlaksanaan amar maaruf nahi mungkar yang dijalankan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri, beliau antara lain menyebut bahawa kegiatan itu (mencegah maksiat) akan menimbulkan salah faham dan imej negatif kepada agama Islam itu sendiri. Lebih mengejutkan lagi apabila beliau menyalahtafsirkan hujah berikut bagi mempertahankan kenyataan beliau;

"There’s a hadith (sayings of the Prophet) that says ‘if you conceal the shame of others, Allah will conceal your shame in the hereafter’, The Prophet is not asking us to commit sins but he has made it clear for us not to find the faults of others."

------------------------------------------------------------------------------------------
Apa Pandangan Mereka
"Berdasarkan pengalaman saya menahan orang melakukan maksiat, kalau kita tahu ada lelaki dan perempuan yang disyaki bukan muhrim berada dalam bilik tanpa kehadiran orang lain, maka kita wajib memecahkan (menghalang) maksiat." - mufti Perak

"...mengintai yang dimaksudkan dalam kes menahan pasangan berkhalwat tidak boleh disamakan dengan mengintai untuk keburukan seperti mengintai orang mandi, sebaliknya ia bertujuan menegakkan kebenaran dan memelihara kesucian Islam." - Ahli Kehormat Utama PUM, Ust. Ahmad Awang

"Antara lain, ia menyatakan perlu ada aduan daripada orang ramai dan ada bukti munasabah pasangan itu disyaki melakukan maksiat. Serbuan itu bukan untuk mengaibkan pasangan berkenaan tetapi untuk mencegah maksiat." - Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar

------------------------------------------------------------------------------------------
Apa pula pandangan Anda?



Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

4 comments:

  1. nak kata apa kat mufti tu, nak kata dia bodoh ke atau dia kurang cerdik ke... (sama je maksud bodoh dengan kurang cerdik tu) :p

    ReplyDelete
  2. panggil dia bodoh je, senang cerita.

    hairan, macam mana negeri enta boleh lantik orang macam dia jadi mufti?

    ReplyDelete
  3. itulah yang terjadi bila Islam ditadbir, bukannya Islam yang mentadbir, dunia sudah menuju kehancuran, kerana ummah tidak lagi berpegang kepada agama.

    tetapi ingatlah...
    Islam pasti kan kembali mentadbir dunia!

    ReplyDelete
  4. Islam ala Hadhari... cam gitu lee..

    ReplyDelete