Apabila mendapat lirik Di manakah abi? (sekitar tahun 2004) jiwa saya tersentuh dan meronta-ronta untuk segera merakamkan lirik yang puitis ini ke dalam bentuk pop nasyid. - Amad
A
na diminta untuk menulis bagaimana lahirnya idea untuk menulis lirik lagu Di Manakah Abi oleh Amad. Terkedu juga bila membaca permintaannya itu, apatah lagi bilamana mengingatkan betapa lirik lagu tersebut (Di Manakah Abi) bukanlah suatu hasil kerja yang 'terlalu hebat' yang pernah ana buat. Tetapi untuk tidak menghampakan harapan seorang sahabat, ana coretkan sedikit dari mana ana mendapat ilham untuk menghasilkan lirik tersebut, dan sambil-sambil membaca, anda boleh mendengar lagu tersebut (hasil kreatif Amad) menerusi radioblog odeo di atas.
Berikut adalah catatan yang ana ambil dari ruangan comments blog Amad.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dari mana ana dapat ilham untuk buat lirik 'di manakah abi'. Ianya berlaku ketika ana diminta oleh Amad (time tu, ana baru je kenal Amad - diperkenalkan oleh Paiji) untuk mencipta beberapa buah lirik. Antara lagu terawal yang ana buatkan untuk Amad ialah Kibaran Islam dan Di Manakah Abi. Cuma persoalannya, dari mana datangnya ilham untuk buat lirik Di Manakah Abi?
Ketika memandu untuk ke construction site di Bukit Jalil, ana terfikir untuk membuat lagu berkisar kepada kisah anak dan ibunya yang kehilangan bapa/suami yang gugur sebagai syuhada' di medan jihad. ana rasa, tidak banyak lagu-lagu seumpama ini (perjuangan, jihad) dibuat, dan barangkali keluarga para syuhada Memali khasnya, tentu merindui lirik-lirik lagu yang boleh menyejukkan keresahan dan kesedihan mereka.
Ana kemudiannya, teringat sebuah lagu dari album Soutul Jihad sekitar tahun 90-an, yang berkisarkan kepada tema yang sama -dialog seorang anak mencari ayahnya.
Lantas, ana mula mencari pena dan kertas, dan segala-galanya bermula di sini....
Ketika menulis lirik, apa yang terbayang di fikiran ialah betapa sayunya (dan sukarnya) hati seorang ibu untuk menerangkan (atau lebih tepat-mengisahkan) apa sebenarnya yang terjadi kepada anaknya yang kecil, yang masih dahagakan kasih seorang yang bergelar bapa! (Sudah pasti anak itu tertanya-tanya, kenapa aku tak punya bapa seperti mereka yang lain).
Dan ana terus membayangkan keadaan tersebut (untuk mendapatkan feel dan idea sebelum diterjemahkan ke atas kertas).
Sehinggalah akhirnya, lirik tersebut dapat disempurnakan - thanks Amad atas kepercayaan yang diberi :)
That's All...
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment