Tuesday, December 12, 2006

AURAT - NAK ATAU TAKNAK?

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Memakai tudung membuktikan ia bukan halangan untuk mencipta kejayaan. Berpakaian seperti ini jugalah yang telah melayakkan saya beraksi di kejohanan dunia di Osaka, Jepun tahun depan," - Ruqaya Al Ghasara


D

OHA – Pelari pecut wanita Bahrain, Ruqaya Al Ghasara mengejut dan mengagumkan peminat olahraga di Sukan Asia di sini apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter walaupun berpakaian menutup aurat dan bertudung.

Malah katanya, dengan mengenakan pakaian lengkap wanita Islam itu telah mendorongnya berlari lebih pantas.

"Ia bukan satu halangan untuk saya berlari pantas malah ia banyak mendorong saya membuktikan bahawa wanita Muslim seperti saya juga boleh menang dengan berpakaian seperti ini," katanya.

Pada perlumbaan akhir itu, Ruqaya mencatat masa 23.19s. Sebelum ini beliau turut menang gangsa dalam acara 100m. Ketika melakukan pecutan, hanya jelas muka dan tapak tangannya yang kelihatan manakala sebahagian besar anggota tubuhnya ditutupi kemas.

Sebaik melepasi garisan penamat, Ruqaya mengangkat tangan kepuasan tetapi aurat dan tingkah lakunya tetap dipelihara. (Artikel Penuh)

------------------------------------------------------------------------------------------


Apa lagi alasan anda?



Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

3 comments:

  1. setuju...setuju...setuju :)

    ReplyDelete
  2. apa komen Sister In Islam ya bila derang baca artikel ni... :P

    ReplyDelete
  3. Derang akan komen macam ni : Soal berkaitan tudung ni soal peribadi, dan SIS tidak berminat untuk mengulas lanjut berhubung isu ini...

    :P

    ReplyDelete