Sunday, December 24, 2006

HARI-HARI TERAKHIR

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

"Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus: 58)


N

ampaknya ada respon daripada JEPun berkenaan dengan artikel truely PERLIS yang ana siarkan dalam entri yang lepas. Memang ana akui betapa poster tersebut agak seksi, tapi ana rasa mungkin itulah sahaja cara terbaik untuk memahamkan pembaca apa sebenarnya yang sedang berlaku di negeri Perlis Darul Sunnah ni dan siapa sebenarnya individu yang sedang berselindung di sebalik gelaran Sohibus Samahah Mufti!

Mungkin populariti beliau akan melonjak mengatasi populariti mufti Perak yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan 'berhaluan kirinya' yang sentiasa menimbulkan kontroversi. Bahkan, awal-awal lagi, beliau (Dr. Asri Zainal Abidin) sudah dipuji oleh beberapa penulis upahan berfahaman liberal sebagai mufti yang kontemporari, walhal, mereka ini langsung tidak layak untuk membincangkan persoalan agama seperti ini.

Cukuplah, ana pun tak mahu menulis panjang berkaitan isu mufti ni. Malas nak cakap banyak.

Sebenarnya Insya Allah, minggu ini adalah minggu terakhir ana berkhidmat di sini (HPA). Ana bercadang nak tukar angin pula selepas ini. Alhamdulillah, Allah kurniakan peluang untuk ana mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di sini. Jadi, ana perlu menyerahkan segala peralatan pejabat termasuklah nombor telefon bimbit yang ana gunakan sekarang. Maknanya, selepas ini, ana akan bertukar nombor lagi heheh... (itupun kalau ana rasa perlu untuk gunakan handset).

Selepas ini juga, mungkin ruang untuk ana online agak terbatas, tapi insya Allah, sekiranya ada kesempatan, ana akan cuba untuk kemaskinikan blog ini. Mudah-mudahan kita masih dapat bersua nanti.

Oklah, sampai berjumpa lagi.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment