Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami
turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan
diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh. (Al-Anbiya’:105)
M
aaf kerana lama tidak menulis. Selama dua minggu bercuti (jobless), Insya Allah, tidak lama lagi ana akan bergelar pelajar KPLI di sini. Kalau tidak ada apa-apa, Insya Allah, hari Isnin ni mendaftar kat sana.
Oh ya, sebelum terlupa, ana dah tukar nombor handset ke nombor baru - celcom 5759336 :)
Hmm... apa yang nak ditulis.
Oh ya, rasanya belum terlambat untuk ana ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua. Bagi sahabat-sahabat yang telah ditimpa musibah banjir baru-baru ni, moga antum bersabar dengan ujian kasih sayang yang Allah telah Allah tetapkan. Banyakkanlah muhasabah dan berdoa, mudah-mudahan ada kelapangan di sebalik kesempitan dan kesusahan yang telah dialami.
Tadi ana berkesempatan membaca e-mel. Masih heboh berkaitan isu mufti Perlis. Hmm... ana pun tak faham, mengapa masih ada perbincangan berkaitan isu ni (siapa mufti...?) Ada yang respon membela, tidak kurang juga yang menentang pendirian beliau. Bagi ana, yang pasti, biarlah beliau dengan 'kerja' nya. Bagi kami di Perlis, jelas sekali beliau tidak disenangi. Bahkan operasi khalwat terus dilaksanakan di sebalik 'nasihat' yang telah dikeluarkan oleh mufti.
Cuma satu sahaja nasihat ana, kenalilah siapa beliau dahulu sebelum kita memutuskan pendirian. Itu sahaja.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:
Post a Comment