Monday, February 12, 2007

Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.

S

ebenarnya, ana sedang menunggu kelas yang berikutnya, jam 9 malam. Sekarang jam 8.42 malam, bermakna, ana ada sedikit masa untuk menulis entri baru. Lagipun, sudah terlalu lama ana tidak meninggalkan sebarang jejak (entri) di sini.

Beginilah hidup seorang penuntut KPLI. Dulu, ana rasa kursus ni macam belajar di universiti, siap boleh susun sendiri subjek yang ingin diambil. Rupanya tak, jadual kuliah macam sekolah! Masuk jam 8, rehat jam 1, pastu sambung kelas sampai jam 4. 30. Pastu sukanlah, olahragalah, badan beruniformlah... sampai jam 7.15 malam. Dan pada hari-hari tertentu, ada kelas malam sampai jam 11 malam!

Huhu...

Tapi apa boleh buat, dah sistem dia (KPLI) macam tu. Lagipun semua ni hanya selama 6 bulan sahaja. Insya Allah, bulan Julai ni, ana akan mengikuti praktikum tapi tak tahu lagi di mana. Maknanya, dah boleh lepas daripada mengikuti sistem pengajian maktab yang amat memenatkan ni.

Pensyarah selalu kata, "tulah, siapa suruh engkorang mintak jadi cikgu..."

Oklah, masa pun dah suntuk. Dah jam 8.48 malam. Nak kena berkejar ke kuliah Pengurusan Praktikum pulak selepas ni.

Insya Allah, kalau ada kesempatan, ana menulis lagi. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang terus-menerus menjejakkan kaki ke sini.

Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

1 comment: