Sunday, June 20, 2004

CATATAN PERJALANAN



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.








Doa hari Isnin:



"Ya Allah, Ya Ghaffar,



Sesungguhnya kami sedar dan insaf bahawa kami adalah khalifahMu di muka bumi ini yang dituntut untuk mengabdikan diri kepadaMu, dan menunaikan segala kewajipan, serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami, maka berikanlah kami kekuatan untuk melaksanakan perintahMu itu. Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar."




Tarikh : 18 hingga 19 Jun 2004

Objektif : Membawa pulang RB



18 JUN 2004



2350 Bertolak ke Kota Damansara dengan E200 si Apit.



19 JUN 2004



0200 Berhenti 'supper' di R&R Sungai Perak. Kami makan roti dengan teh tarik saja sekadar mengisi perut. Si Apit yang belanja.

0220 Meneruskan perjalanan ke Kota Damansara

0330 Berhenti di R&R Tapah untuk zZZzz dalam E200 si Apit.

0530 Meneruskan perjalanan ke Kota Damansara

0640 Berhenti untuk solat Subuh di R&R Rawang

0720 Tiba di Kota Damansara

0800 Urus diri dan sarapan pagi di Kota Damansara.

1200 Bertolak ke Hicom Glennmarie (pusat poslaju Shah Alam) untuk urusan RB. Habis dekat RM 300 untuk membawa pulang motosikal berkuasa tinggi tu. Menyesal.....? Eh, taklah.

1400 Urus diri dan makan tengah hari serta solat di Kota Damansara

1600 Bertolak pulang ke Perlis

1820 Berhenti untuk makan malam di R&R Sungai Perak. Si Apit ajak makan nasi lauk ikan patin Sungai Perak masak tempoyak. Dah orang nak belanja, kira kurang cerdiklah kalau tolak, betul tak?

1900 Meneruskan perjalanan pulang

2030 Berhenti di R&R Gurun untuk solat dan 'supper'

2100 Meneruskan perjalanan pulang

2150 Tiba di rumah.



Keputusan : Objektif yang telah ditetapkan tercapai. Catatan di bahagian kredit pada akaun tunai manakala akaun sewa serta belian didebitkan.

Kesimpulan : Abih lagi duit...



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment