Thursday, June 17, 2004

SIBUK LAGI MENYIBUKKAN



Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.



Berkata Imam Nawawi:



"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"



Sibuk atau sengaja menyibukkan diri dengan kerja-kerja yang sebenarnya tak sibuk mana pun? Sebenarnya, dua tiga empat hari ni merupakan hari yang cukup sibuk. Sebab tu lah jarang-jarang berkesempatan untuk online. Dan bila sibuk, bukan sahaja manusia akan kesuntukan masa, tapi kadangkala membawa kepada kesuntukan wang hehe...



Dua malam sudah, jumpa S/U cawangan, kononnya nak bayar yuran seumur hidup, tapi dia cakap kena bayar kat negeri. Kena isi borang tambahan pulak... jadi tak apalah, esoknya baru teringat nak perbaharui road tax si RB tu. Terpaksalah gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar yuran. Maka bermulalah episod kesuntukan wang. Semalam dapat berita yang cukup menghibakan... kena pergi KL malam ni. Nasib baiklah Hafiz yang ajak, dapat juga naik Mercedes E200 dia (selamatlah daripada bayar tambang, tapi habis jugak duit untuk makan...). Dan memandangkan dah alang-alang ke KL, cadangnya nak bawa pulang buah hati kesayangan... si RB tu. Kesimpulannya duit lagi.



Hari Isnin, si Nash pulak ajak buat kerja baik dan berfaedah, defisit lagilah akaun simpanan kat bank tu. Itupun nasib baiklah tak daftar kelab menembak dengan dia lagi... kalau tak, RM 100 pulak melayang, tak termasuk kos peluru setiap minggu yang nak kena beli untuk riadah ekstrem tu.



Pagi ni dapat mesej daripada Hidayah... esok dia walimah, dia ajak semua ex-UPM datang. Alhamdulillah, selesailah sorang lagi teman seperjuangan. Tapi tak pasti dapat pegi atau tak... kalau dapat kecek si Hafiz tu, dapatlah pergi.



Maaf salah dan silap.

Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

No comments:

Post a Comment