Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
Comel Tak Gambar Budak-budak Ni?
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya,
tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
Membaca blog seorang sahabat, terasa alangkah indahnya kalau cPoL dianugerahkan oleh Allah perasaan sepertinya. Nampak seolah ada suatu kemanisan bila menatap luahan hati seorang insan yang dikurniakan Allah dengan ketinggian dan kejayaan, namun tidak pernah lupa melihat ke bawah dan merenung kekurangan. Itulah sifat yang terlalu cukup amat payah (dah la terlalu, cukup, amat pulak tu... ni kalau cikgu Bahasa Melayu baca, sure kena komen sebab salah tatabahasa) ada dalam diri manusia, dan kalaulah Allah sudah meng'ada'kannya, maka jagalah perasaan itu sebaliknya kerana perasaan sebegini tidak selalu hadir.
Membaca blog seorang sahabat yang lain, terasa alangkah bertuahnya cPoL kerana ditakdirkan Allah lahir di sebuah negeri di utara semenanjung ini. Bertuah, kerana negeri sekecil 'tot' ni dianugerahkan dengan sejuta keistimewaan yang tiada di tempat lain. Walaupun sedikit coretan sahabat yang lain itu tampak jelas tersasar daripada fakta, ianya takkan mampu mengubah apa-apa. Mungkinkah coretan itu merupakan luahan hati insan yang cemburu (atau dalam bahasa saintifiknya 'jeles')melihat keistimewaan negeri sahabatnya? Hanya Mak Ngah dan Pak Ngah yang tahu isi hati sahabat yang lain itu.
Membaca blog seorang sahabat yang lagi satu, terasa alangkah gembiranya cPoL apabila mendapati sahabat yang lagi satu itu masih hidup, setelah sekian lama kehilangannya menjadi misteri. Sahabat yang pernah menjadi rakan seperjuanganku (dan juga sasaran seranganku hehe...) ini akhirnya hadir dan menjawab tentang kehilangannya yang selama ini ditunggu-tunggu oleh segala makhluk yang ada di atas muka bumi ini (kecuali zaujah dia). Rupa-rupanya kesibukan dengan urusan yang sebenarnya tak sesibuk mana pun itulah menyebabkan sahabat yang lagi satu itu terpaksa berundur seketika daripada bermain di arena blog ini.
Membaca blog sendiri hanyalah menemukan cPoL dengan ruang-ruang kosong yang membawa makna terlalu banyak kelemahan yang ada.
Tapi hakikatnya, seronoknya membaca...
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
tazkirah hari ini
PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI

No comments:
Post a Comment