Dua tiga hari ni...
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuanKu, dan tidak sabar terhadap bala yang Ku timpakan padanya, maka carilah Tuhan selain Aku dan keluarlah dari bawah bumbung langitKu."- hadis Qudsi
Ada yang bertanya, apa yang ingin dikisahkah oleh cerpen 'Bila Nur Melimpah Di Hati'? Hmm... apa ya. Sebenarnya tak susah, kalau diteliti ceritanya elok-elok. Ada makna tersirat di sebalik jalan ceritanya. Mengapa perlu bercerpen? Sebabnya kadangkala, sesuatu perkara itu lebih baik disampaikan kepada orang lain, bukan menggunakan bahasa biasa.
Nampak gayanya, ada suara-suara dari selatan tanah air yang berasa jeles kot (?) dengan saranan Y.A.B. Menteri Besar dalam media sehari dua yang lepas. Biasalah, nampak je negeri kecik, tetapi power. Teringat ketika kat tingkatan 5 dulu, seorang cikgu pernah berkata "Kalau kita tak puji diri sendiri, siapa yang nak tolong puji diri kita? Jadi pujilah diri sendiri... ekekekkk.
Sekarang orang bercakap tentang demam EURO 2004. Bahkan sebenarnya isu bola ni bukan baru bermula, tetapi sudah pun dibincangkan sejak dua tiga bulan yang lepas, cumanya sekarang dah sampai ke kemuncak memandangkan sepak mulanya sudah bermula. Masing-masing ada idolanya, pasukan pilihannya, walaupun hakikatnya diri sendiri tak reti nak sepak bola. Tanyalah kepada budak darjah satu sekolah rendah kat Batu Pahat, Johor sekalipun, pasti ada jawapannya... siapa pemain pilihannya, yang mana satu pasukan kegemarannya, biarpun dirinya tak kenal rupa bola dan sekolahnya pula tak pernah menang dalam pertandingan bolasepak peringkat daerah.
Musim demam ini juga menyebabkan merebaknya virus qiyamullail... tapi jangan salah sangka, bukan bermakna rakyat Malaysia sudah rajin untuk bersujud di depan Allah di tengah-tengah malam hari. Memang semakin ramai yang mula bangun di tengah malam, tapi hanya untuk menonton gambar 22 orang berebut sebiji bola. Hairan betul la, boleh diorang bangun sampai jam 4.00 pagi, buat kopi, prepare snek, pastu terus tidur macam tak ada apa-apa je. Padahal kalau diajak bangun solat, macam orang koma je tidurnya.
Apapun, bukan bermakna menentang penyiaran perlawanan bola sepak kat tv, cuma cPoL ingin mengingatkan kita bahawa kadangkala kita ni terlalu banyak berhibur... apalah salahnya kita imbangkan masa hidup kita, biarlah ada sedikit masa untuk bersama Tuhan (Allah).
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment