
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Sungguh (ayat-ayat) ini adalah peringatan. Barangsiapa yang mengkehendaki (kebaikan bagi dirinya) nescaya dia mengambil jalan menuju Tuhannya." (Al-insan: 29)
S
ekeping gambar membawa sejuta makna. Namun, masih ada yang tidak memahami (atau dengan makna yang lebih tepat 'tidak cuba untuk memahami') apa-apa apabila melihatnya. Sayangnya, gambar tidak mampu untuk menuturkan kata-kata. Bagi mereka yang melihatnya dengan mata hati, sudah pasti ketemu maksud yang tersirat, namun, andai melihat dengan pandangan zahir, apalah sangat makna sekeping gambar.... boleh ditatap dan dibuang. Gambar tetap gambar, tidakkan berubah, meskipun dipandang dari sudut yang berbeza.
Andainya gambar boleh berkata-kata....
"Dan apa sahaja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawai dan perhiasannya, sedang apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya." (Al-Qasas: 60)
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
- laman tazkirah: AS-SYAHID ABDULLAH AZZAM

tu la... pangkah lagi. PR lepas ni pangkah lagi!
ReplyDelete