
Bismillah, Walhamdulillah, Allahuakbar.
"Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".
P
UTRAJAYA 24 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan tarif elektrik baru dengan kenaikan purata 12 peratus berkuat kuasa 1 Jun ini. Kenaikan itu, bagaimanapun tidak akan menjejaskan isi rumah berpendapatan rendah yang menggunakan kurang daripada 200 kilowatt-jam (kWj) elektrik sebulan.
Pengecualian bagi penggunaan 200 kWj pertama itu bermakna rakyat yang membayar bil kurang daripada RM43.60 sebulan tidak terjejas dan terus menikmati elektrik pada kadar 21.8 sen setiap kWj.
Ia meliputi kira-kira 59 peratus atau 3.036 juta daripada 5.1 juta isi rumah yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Bagi kira-kira sejuta isi rumah lain yang menggunakan antara 201 kWj dan 300 kWj elektrik atau membayar bil antara RM44 hingga RM70 sebulan, peningkatan bil mereka adalah antara tiga sen hingga RM3.10 sahaja setiap bulan.
Penggunaan tarif baru itu akan membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM1.5 bilion setahun.
klik untuk berita penuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------(artikel di bawah membawa maksud yang terbalik)
Sejurus ketika kerajaan mengumumkan kenaikan tarif tersebut, rakyat telah berkumpul beramai-ramai di bandar-bandar utama untuk menyokong tindakan tersebut yang dianggap tepat dan mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat. Menurut sumber, perhimpunan besar-besaran itu disertai oleh jutaan rakyat dan turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin masyarakat di seluruh peringkat.
Kenaikan terbaru ini yang menyusul kenaikan harga minyak baru-baru ini turut mendapat reaksi positif di kalangan tokoh-tokoh akademik. Salah seorang tokoh akademik yang enggan dikenali menjelaskan betapa kenaikan tarif ini akan membantu masyarakat Malaysia untuk menjadi masyarakat yang berdaya saing di rantau ini dan juga di dunia. Beliau turut menyifatkan tarif baru ini merupakan hadiah yang paling bermakna daripada rakyat kepada TNB khususnya dan kerajaan amnya. "Ketika kerajaan dan TNB berada di dalam kedudukan yang kritikal, rakyat telah membuktikan kesetiaan mereka dengan menyatakan kesanggupan yang tidak berbelah bagi untuk membayar tarif elektrik yang lebih tinggi."
Sementara itu, penganalisis ekonomi pula membayangkan bahawa kenaikan tarif ini akan membantu memberikan pulangan yang lumayan kepada sektor tenaga di samping menggalakkan pelaburan dalam sektor terbabit serta mampu merangsang ekonomi negara. Para penganalisis juga menafikan pendapat yang mengatakan kenaikan ini akan membebankan rakyat serta menyumbang kepada kenaikan harga barangan serta perkhidmatan. Menurut mereka lagi, harga sekeping roti canai tidak mungkin naik dengan kenaikan tarif ini memandangkan roti canai tidak dibuat menggunakan elektrik sebaliknya menggunakan tepung serta mentega sebagai bahan utama.
Pandangan yang sama turut disuarakan oleh rata-rata masyarakat yang ditemui. Ismail Din, 25, berkata, beliau bersyukur kerana akhirnya kerajaan meluluskan tarif baru ini. Menurutnya lagi, rakyat telah sekian lama ternanti-nanti untuk membayar lebih, memandangkan taraf sosio-ekonomi rakyat kini jauh lebih baik berbanding dengan zaman penjajahan Portugis dahulu. Pendapat beliau turut disokong oleh eksekutif pemasaran, Hasliza Abdul Mubin, 30, yang memberikan contoh betapa rakyat tidak langsung terasa terbeban dengan kenaikan minyak dahulu, bahkan jumlah kenderaan baru yang didaftarkan melonjak sejak kebelakangan ini. Beliau menjangkakan, dengan kenaikan tarif terbaru ini, jualan barang-barang elektrik akan meningkat berkali-kali ganda manakala rakyat akan lebih bijak dalam penggunaan elektrik.
Maaf salah dan silap.
Bersabar dan bersolatlah... Wassalam.

haha, bijak -bijak.
ReplyDeleteassalamu`alaikum
ReplyDeletecuba klik sini
http://www.jeffooi.com/2006/05/a_gem_from_wong_sulong.php
bil letrik tak lebih 40 ringgit pun kena tempias jugak kan :D
ikut MIER research, inflation dah naik byk mana ntah semenjak akhir2 ni. tersasar dari target government.
:D satu lagi projek barisan nasional
ReplyDelete