Monday, June 26, 2006

MEMELIHARA AGAMA DARI FITNAH - Siri 2

Memelihara Agama Dari Fitnah : Jauhi Mengambil Ilmu Dari Ahli Bidah dan Ulama Sufi Yang Menyesat & Elak Merujuk Mereka

D

emikianlah keagungan ilmu dalam Islam dan lihatlah bagaimana para alim ulama dahulu menjaga ilmu dan kebenaran dengan mengutamakannya lebih dari mana-mana insan yang tidak maksum dan boleh salah serta tersilap.

Perhatikan sikap Umar bin Al-Khatab ra ketika dia berkata: Hati-hatilah dan jauhilah oleh kalian orang-orang yang menggunakan ra`yunya (akalnya) . Kerana sesungguhnya mereka adalah musuh-musuh As-Sunnah. Mereka dilemahkan oleh hadith-hadith, hingga tidak mampu menghafalnya. Akhirnya mereka berbicara dengan ra`yu mereka, maka mereka tersesat dan menyesatkan (orang lain). (Diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni rahimahullah dalam Sunan dan Al-Lalikai rahimahullah dalam Syarhu Ushul Itiqad Ahlus Sunnah wal Jamaah).

Malangnya hari ini para tok guru, syeikh itu diutamakan dan dipentingkan dari kebenaran ilmunya yang mungkin salah dan silap. Apabila syeikh meriwayatkan hadith palsu dan hadithnya itu salah dan silap tiada siapa yang mengetahui dan jika wujud ulama yang menegur maka anak-anak murid dan pengikutnya akan membentak marah dan menuduh cabul kepada para ahli ilmu yang ingin menegakkan kebenaran.

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).

Nilai ulama sangat tinggi dan mulia di sisi Islam dan tidaklah golongan khas dan mulia di sisi Allah ini dapat dimiliki dan dicapai oleh sesiapa sahaja tanpa usaha gigih, keikhlasan dan yang paling penting ialah keredhaan dari Allah swt.

bersambung

1 comment:

  1. Bagus!

    Banyakkan lagi penulisan seperti ini, kalau rajin lagi bukukan, sekurang2nya boleh jadi bahan untuk usrah.

    Izwan Abdul Halim

    ReplyDelete