
b) Mampu memberi pertunjuk dan pengajaran berdasarkan kitab Allah dan sunnah kepada manusia.
"Dan kami utuskan rasul mengajarkan mereka kitab (Al-Quran) dan Al-hikmah (Al-Baqarah : 129)".
Imam Ibn Taimiyyah ra menyebut Al-hikmah ialah As-Sunnah sebagaimana dalam ayat yang lain dalam surah Al-Ahzab ayat 23 Sila lihat Majmuk fatawa Ibn Taimiyyah, m/s 9.
Sabda rasulullah " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama" (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037).
Dimaksudkan mampu memberi pertunjuk dan pengajaran berdasarkan kitab Allah dan sunnah kepada manusia ialah seorang ulama itu mampu menyampaikan ilmunya yang benar dari kitab dan sunnah itu kepada manusia dengan hikmah dan menepati hak serta berdasar kaedah yang sahih.
"Dan sebelumnya kamu tidak pun mengetahui apakah itu Al- Kitab (Al-Quran) dan tidak juga mengetahui apakah itu Iman. Tetapi kamilah yang menjadikan Al-Quran itu cahaya dan pertunjuk kepada sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba kami dan sesungguhnya engkaulah (Wahai Muhammad pertunjuk kepada jalan yang lurus." (Surah As-Syura : 52).
Ini diterangkan secara ringkas dengan bermaksud seseorang ahli ilmu yang memiliki kefahaman yang sahih dan benar terkadang tidak mampu memahami waqi dan juga tidak pula tahu kaedah yang sahih dalam menyampaikan ilmunya sehingga mengakibatkan fitnah dan kerosakan.
"Serulah ke jalan tuhan-Mu dengan hikmah dan pendekatan yang baik (An-Nahl : 125).
Namun makam ulama sebaliknya ialah maka kukuh dalam ilmu dan merupakan satu kedudukan golongan yang sudah memahami agama dan memiliki kefahaman yang sahih di samping memiliki ciri ini iaitu tahu dan memahami bagaimana pula kaedah yang sahih dan benar dalam menunjuki ilmunya kepada manusia sehingga dapat mengelakkan dari berlakunya fitnah dan kerosakan kepada ilmu.
"Sesungguhnya yang takut pada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah para Ulama (Surah Al-Fathir : 28).
Sebagai contohnya perbuatan golongan muda yang mempelajari ilmu tentang sunnah dan kefahaman manhaj salaf soleh. Mereka ini menyedari dengan ilmu yang ada bahawa bidah itu ialah haram dan berdosa namun kerana mentah dan jahil mereka dalam pemahaman manhaj dakwah dan kaedah penyampaian ilmu maka mereka telah gopoh memaksa manusia meninggalkan bidah dengan kekerasan, melakukan kerosakan sehingga menimbulkan fitnah yang lebih besar dari bidah itu sendiri.
"Dan mengapakah tidak tetap sekumpulan dari umat Islam untuk tafaquh pada ilmu moga mereka dapat pula memberi peringatan kepada kaum mereka setelah pulang dan moga mereka beroleh kesedaran. (Surah AT-Taubah : 122).
Kerana itu makam atau kedudukan ulama ini dikhususkan kepada mereka yang benar-benar mampu menunjuki kebenaran dan hidayah kepada manusia bukan sahaja pada ilmu yang berbentuk teori tetapi pada kaedah dan pengamalan yang sahih sehingga mampu membimbing manusia kepada kebenaran.
bersambung

No comments:
Post a Comment